Thursday, December 22, 2005

Tan Sri Abdul Gani Patail


Tan Sri Abdul Gani Patail telah dilahirkan pada 6 Oktober 1955.
Beliau menerima pendidikan undang-undang di Universiti Malaya dan menamatkan pengajian pada tahun 1979.
Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah.
Pada tahun 1985, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Negeri Sabah.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan.
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa pada tahun 1995.
Pada tahun 1997, beliau telah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang.
Pada tahun 2000, sekali lagi beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan.
Pada tahun 2002, beliau telah menerima jawatan sebagai Peguam Negara Malaysia.



Pada 13 Mei 1993, Tan Sri telah dianugerahkan pingat Persekutuan Kesatria Mangku Negara (KSM) oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pada 1 Julai 1995, DYMM Raja Perlis mengurniakan darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.
Pada 16 September 2001, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah mengurniakan beliau darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Dato'.
Pada 16 September 2002, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah mengurniakan beliau darjah kebesaran Kelas Pertama Negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Pada 30 Mac 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka oleh DYMM Sultan Kelantan.
Pada 7 Jun 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pada 13 Disember 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia- Sultan Sharafuddin Idris Shah(SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia oleh DYMM Sultan Selangor.
Pada 4 Ogos 2005, Tan Sri telah dianugerahkan Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong. Peguam Negara juga merupakan ahli beberapa Badan dan Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain, antaranya .
Jemaah Pengampunan
Majlis Pendidikan Negara
Malaysia/Thailand Joint Authority
Majlis Tanah Negara
Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments: