Wednesday, December 21, 2005

Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah

Nama :Mohd Fadzilah Kamsah
Email : excel@excel-training.com.my
Laman Web : http://www.excel-training.com.my/

Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM.Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences (1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.Selain menjadi pakar motivasi beliau juga banyak menyandang jawatan di beberapa tempat. Antaranya:1. YDP, PIBG Sek. Keb. Bandar Baru Bangi (1993 hingga 1994).2. Pengerusi, AJK, Surau Al-Uum, Bandar Baru Bangi (1987 hingga 1992).3. Ahli Badan Perunding Islam Malaysia (1995 hingga 1997).4. Ahli Majlis Kementerian Belia dan Sukan (1995 hingga 1998).5. Pengarah Kehormat Yayasan UMMI.6. Ahli Panel Jawatan Kuasa Dekad Cemerlang Negeri Selangor.7. Ahli seumur hidup MCOBA
8. Pakar motivasi segmen Motivasi RTM 1 (1993 hingga sekarang).9. Pakar rujuk komunikasi rumah tangga segmen 'Sekapur Sirih' TV3 (1993 hingga 1994).10. Pakar motivasi segmen Tabiat Pagi, TV3 (Mac 1994 hingga 1997).11. Pakar motivasi segmen Cermin Diri, TV3 (Jun 1995 hingga 1999).12. Hos dan kaunselor program 'Suara Hati', TV3 (1997 hingga 1998).13. Pakar rujuk segmen Motivasi dan Kecemerlangan Rumah Tangga RTM3 – Seremban, Ipoh dan Shah Alam (1994 hingga 1995).14. Melatih ketua-ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam bidang 'Pidato Politik (1989 hingga 1994).15. Ahli Institusi Perhubungan Raya Malaysia (IPRM).16. Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur (DPMM, KL).17. Ahli Malaysia Society Training Development (MSTD).18. Ahli Malaysia Institute Management (MIM).

Berikut adalah hasil tulisan Mohd Fadzilah Kamsah:
Anda Berkarisma Apabila...? - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 01 May 2005
Anda Berkuasa Apabila...? - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 01 May 2005
Tip Menjadi Individu Menarik - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 01 May 2005
55 Petua Kerja Berpasukan - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 01 May 2005
55 Petua Seronok Bekerja - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 01 May 2005
Cerita-cerita Motivasi untuk Pemimpin - PengarangPTS Publications & Distributors Sdn Bhd: 31 December 2004
Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 14 July 2005
Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman? - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 14 July 2005
Tip Pelajar Cemerlang - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Langkah Bestari Suami Mithali - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Langkah Bestari Isteri Mithali - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Petua Orang Cemerlang - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Petua Mendapat Pasangan - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Petua Membentuk Cinta Abadi - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 04 August 2005
Positif untuk Berjaya - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 12 August 2005
Psikologi Cinta - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 11 August 2005
Soal Jawab Praperkahwinan - PengarangPTS Millennia Sdn Bhd: 11 August 2005
Cerita-cerita Motivasi untuk Usahawan - PengarangPTS Publications & Distributors Sdn Bhd: 31 December 2004
Menjalin Hubungan Bahagia (Paperback) - PengarangPTS Publications & Distributors Sdn Bhd: 01 September 2005
20. 55 Petua Orang Berjaya - Pengarang PTS Millennia Sdn Bhd: 31 August 2005

No comments: