Thursday, December 22, 2005

Profesor Emiritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St. Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik (1965). Pada tahun 1075, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutuor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu. Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau diberi penghormatan oleh Universiti Melayu melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus.Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa da Pustaka sebagai Timbalan Ketau Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secar kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000.Beliau amat aktif dalam badan-badan professional. Beliau menjadi salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajuinya sebagai Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.Dalam pergerakan wanita beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita., iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatauan Siswazah Wanita Malaysia. Dalam PERTIWI, beliau kini menjadi ketua I. Beliau pernah dilantik Naib Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Pada tahun 1978 beliau telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi vagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Kini nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara dan beliau sebagai Pengerusi Majlis itu hingga sekarang.Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah terkenal dalam bidang bahasa. Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah tentang bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals. Beliau menjadi pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam Negara malahan juga diluar Negara. Misalnya oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun. Beliau dilantik Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia.Dalam bidang wanita, Datuk Dr. Nik Safiah telah banyak menyumbang, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun penyertaan dalam persidangan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Akhir-akhir ini beliau menumpukan perhatian (bersama Dr. Rokiah Talib) terhadap penulisan biografi wanita.Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun 1995 Johan Mangku Negara (JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecermelangan dalam bidang pendidikan (1995), Anugerah Wanita Cemerlang sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah (1997), Tokoh Ilmuwan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003).PERNYATAAN PERJUANGANKedudukan dan Kedaulatan Bahasa MelayuBahasa lazimnya berkembang secara evolusi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, janganlah dilihat perjuangan bahasa dalam masa lima atau sepuluh tahun tetapi sebaliknya dalam konteks puluhan, bahkan, ratusan tahun. Untuk sekian lama, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan dan kemajuan yang membanggakan, terutama dalam tahun-tahun selepas tercapainya kemerdekaan. Apa-apa rintangan yang dihadapi sekarang hendaklah dilihat sebagai masalah sementara.Bagi bahasa Melayu, yang penting ialah agar perjuangan untuk mempertahankan kedudukan serta kedaulatannya dijalankan secara berterusan, tanpa jemu-jemu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu berperanan dalam pelbagai situasi dan latar. Maka demikian jugalah dengan bahasa Melayu dalam zaman yang penuh cabaran ini.Datuk Profesor Dr. Nik Safiah KarimCatatan Muring-Wien: Sebagai salah seorang murid yang kemudian menjadi rakan dalam pekerjaan di Universiti Malaya memang tidak ternafi tokoh begitu kukuh dengan asa mengajar dan memajukan bahasa Melayu

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terima kasih atas maklumat ini... Kebetulan saya tengah mencarinya...

Sdr ada makulmat mengenai Dr Hasan Hasbullah? Pensyarah filem UM