Thursday, August 13, 2009

KBS IV 2009

Sekitar Kem Berambeh Selasih Siri IV 2009 di Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2009 yg lalu.............

























Friday, July 03, 2009

Jom Cemerlang PMR 2009 di Kolej DPAH Abdillah Kuching

















Monday, June 29, 2009

Jom Cemerlang PMR 2009 di MRSM Kuching

Gambar-gambar sekitar program Jom Cemerlang PMR 2009 di MRSM Kuching pada 19-21 Jun 2009 yang lepas.




















Saturday, June 13, 2009

Kembara Jalan Kaki Siri II 2009


Seusai melaksanakan satu program pada hujung minggu yang lepas,

kami terus merancang mahu menganjurkan beberapa program

outdoor
memandangkan pelajar sekolah sedang bercuti.

Maka setelah dibincangkan bersama beberapa sahabat, kami sepakat

mengadakan Kembara Jalan Kaki dari Sukma Ria ke Pantai Pasir

Panjang, pada 4 Jun 2009. Setelah dilancarkan gerakan promosi,

kami mendapat 48 penyertaan termasuk dikalangan kami sendiri.

Ia adalah satu jumlah yang saya sendiri telah anggarkan sebelumnya.



Satu fakta yang menarik tentang kembara jalan kaki siri ini ialah

tarikh penganjuran pada siri II ini sama dengan tarikh penganjuran

kembara jalan kaki siri I pada tahun lepas iaitu 4 Jun 2008.

Ia bukanlah dirancang akan tetapi sekadar kebetulan sahaja, hehehe.

Semoga berjumpa lagi di siri kembara yang akan datang dengan

penyertaan yang lebih besar, insyaAllah.










Kembara Jalan Kaki Siri I 2008


NOTA: rugi rasanya terlupak ngambik gambar rami2 , huhu, nyesal2!!

Monday, May 11, 2009

Majlis Perpisahan PJE

Satu lagi program telah diadakan untuk lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian ke Kolej-Kolej Matrikulasi Seluruh Malaysia iaitu Majlis Perpisahan. Diadakan di Banglo Astana pada 6 Mei lalu. Pada siangnya aku sehari suntuk menghadiri Bengkel Kajian Dapatan Penyelidikan Sosial Masyarakat Islam di Pustaka Negeri Sarawak anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Majlis telah dipengerusikan oleh aku sendiri yang di mulakan dengan alu aluan ke majlis. Kemudian sesi ta'aruf di kalangan semua yang hadir dan seterusnya penyampaian amanat dari YDP Abim Sarawak, Ustaz Suhardi Hj Edward.Ia diikuti oleh amanat yang menggegarkan hati adik-adik yang hadir oleh YDP PERKEPIS, Saudara Khairul Anwar Shazali dan kemudian di simpul rapi oleh aku sendiri. Seusai itu, adik-adik telah memainkan persembahan multimedia program program mereka sebelum ini dan seterusnya jamuan.

Aku rasa banyak yang tidak dapat meneriam yang merka akan berpisah, tapi aku ingat lagu pengakap yang biasa aku nyanyi, (hehe) yang berbunyi:

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati ku tak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa...

haha, masih kuingat lagu ini dengan jelas walaupun sudah sekian lama tidak berkelana berkhemah bersama rakan rakan dan adik-adik . Dah dah dah, sekian saja untuk kali ini, yang pasti adik adik yang ada diraikan pada malam itu kini telah pun selamat mendaftar di kolej masing masing. Semoga Kalian Sukses dalam pengajian kalian dan sehingga ketemu lagi di waktu libur yang akan datang.. hehe


Survivor Pasir Pandak@Panjang

25 April 2009 jam 9 pagi - 5.30 petang













Survivor I cuma masak menggunakan kayu api yang dihidupkan sendir oleh para peserta, jadi Survivor II pada peringkat seterusnya akan menawarkan lebih cabaran pada masa akan datang, maka adik-adik sekalian bersedialah....

Thursday, March 12, 2009

Angsi tertawan..........











11-13 Januari 2009



Puncak seterusnya.........



rakan-rakan, bersiap siaga lah kalian untuk kali ini.....

Sunday, November 30, 2008

Melayu Banyak 'bermasalah"

Melayu banyak 'bermasalah'


REMAJA mempersembahkan tarian 'Hip-Hop' pada program Helo! Kuching Art Events di Tebingan Kuching, kelmarin.


KUCHING 30 Nov. - Sebanyak 80 peratus mereka yang terbabit dengan gejala sosial di negeri ini adalah membabitkan masyarakat kaum Melayu.

Menteri Muda Alam Sekitar, Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata, statistik itu berdasarkan kajiannya sendiri selama 20 tahun yang turut membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Menurut beliau, kajiannya juga mendapati kebanyakan mereka adalah kumpulan yang sudah berumahtangga, generasi muda serta mereka yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

"Kumpulan ini menghadapi masalah ekonomi masing-masing sama ada tiada pekerjaan atau disebabkan kemiskinan hingga menyebabkan mereka terjebak dalam masalah gejala sosial.

"Ini kerana, mereka cuba melarikan diri daripada masalah yang dihadapi dengan mula berjinak-jinak mengambil minuman beralkohol, dadah atau sebagainya lalu wujud masalah sosial lain akibat tindakan-tindakan mereka itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditemui ketika menyaksikan program Helo! Kuching Art Events anjuran beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar bandar raya ini yang menggelarkan organisasi tersebut sebagai I LOVE KUCHING di Tebingan Kuching sini.

Abang Abdul Rauf berkata, bagi mengatasi masalah seumpama itu, kerajaan menggalakkan masyarakat membabitkan diri dengan program-program yang mampu mendatangkan faedah termasuk perniagaan kecil-kecilan.

Tambahnya, generasi muda pula perlu digalakkan untuk mengadakan program yang membabitkan rakan sebaya, contohnya aktiviti hiburan yang turut menerapkan nilai keilmuan seperti membuka gerai makanan, jualan aksesori di samping mampu mencungkil bakat baru menerusi pertandingan tersebut.

Secara tidak langsung, jelasnya, generasi muda bukan hanya berhibur semata-mata bahkan mereka berpeluang untuk mencungkil bakat, belajar berniaga dan memperoleh ilmu dengan aktiviti seumpama itu.

"Bagi kumpulan yang bekerja namun berpendapatan rendah, para majikan harus mempunyai inisiatif untuk menaikkan gaji kumpulan berkenaan berdasarkan kebolehan serta kemahiran terkini para pekerja tersebut.

"Untuk meningkatkan kemahiran para pekerja, majikan perlu menghantar mereka menjalani latihan atau sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sebelum menaikkan gaji mereka sesuai dengan kelayakan yang diperoleh," ujarnya.


Utusan Malaysia 1 Disember 2008