Monday, May 11, 2009

Majlis Perpisahan PJE

Satu lagi program telah diadakan untuk lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian ke Kolej-Kolej Matrikulasi Seluruh Malaysia iaitu Majlis Perpisahan. Diadakan di Banglo Astana pada 6 Mei lalu. Pada siangnya aku sehari suntuk menghadiri Bengkel Kajian Dapatan Penyelidikan Sosial Masyarakat Islam di Pustaka Negeri Sarawak anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Majlis telah dipengerusikan oleh aku sendiri yang di mulakan dengan alu aluan ke majlis. Kemudian sesi ta'aruf di kalangan semua yang hadir dan seterusnya penyampaian amanat dari YDP Abim Sarawak, Ustaz Suhardi Hj Edward.Ia diikuti oleh amanat yang menggegarkan hati adik-adik yang hadir oleh YDP PERKEPIS, Saudara Khairul Anwar Shazali dan kemudian di simpul rapi oleh aku sendiri. Seusai itu, adik-adik telah memainkan persembahan multimedia program program mereka sebelum ini dan seterusnya jamuan.

Aku rasa banyak yang tidak dapat meneriam yang merka akan berpisah, tapi aku ingat lagu pengakap yang biasa aku nyanyi, (hehe) yang berbunyi:

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati ku tak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa...

haha, masih kuingat lagu ini dengan jelas walaupun sudah sekian lama tidak berkelana berkhemah bersama rakan rakan dan adik-adik . Dah dah dah, sekian saja untuk kali ini, yang pasti adik adik yang ada diraikan pada malam itu kini telah pun selamat mendaftar di kolej masing masing. Semoga Kalian Sukses dalam pengajian kalian dan sehingga ketemu lagi di waktu libur yang akan datang.. hehe


2 comments:

Ummu Fateh said...

oh! jeles2...!

Tyah said...

kck eh pic ktk ya..pnde org ya ambk..haha XD