Thursday, July 24, 2008

Lilin padam, lidah berapi dan jeneral jerung..


Pernah diamanahkan untuk menjadi ajk disiplin untuk kali kedua selepas menjadi buat pertama kali pasa 2006 semasa program Rimbunan Hijau SMK Green Road. Tapi kali ini, aku menjadi ketua di bantu oleh seorang ahli ABM. hmm, sepanjang program, banyak kenangan pahit dan manis telah kami, barisan fasilitator program alami. Rakan-rakanku yang berperanan sebagi fasilitatator kerap kali mendapat aduan dari adik-adik kumpulan masing-masing. Dalam salah satu latihan dalam kumpulan, setiap kumpulan diberi sebatang lilin yang bernyala, dan diminta untuk mengeluarkan nas-nas alQuran dari al-Quran itu sendiri dengan bernyalakan lilin itu tadi. Maka, abang- abang fasi berpesan agar setiap kumpulan menjaga api lilin masing-masing dengan cermat, jika lampu lilin itu padam, maka , mereka perlu berjumpa dengan aku (ajk disiplin) untuk menyalakannya kembali, maka fasi-fasi memberi banyak komen apabila kami berbincang lewat malam itu,






" syam, bila aku cakap kat adik-adik, kalau lampu lilin padam, diorang kena minta nyalaan yang kedua dari kau, diorg terus duduk rapat2 , taknak kasi lampu lilin tu padam"

"syam, kumpulan aku, bila aku bagitau adik adik bila api lilin padam, diorang kena jumpa kau untuk hidupkan lagi, diorang pun tanya aku,

"bang, nanti abang Hisyam nak nyalakan api lilin ni pakai apa? pakai mancis ke pakai mulut dia?" huhuhu,

Lagi cerita yang diperolehi ialah, satu ketika seorang adik program bertanya kepada fasilitator kumpulannya,


"bg hisyam tu memang macam tu ke? ,


"dia tu mahasiswa undang-undang"


" owhh.... betul ke?"


" betul........."


"kalau macam tu, nanti kalau dia represent klien dia di mahkamah, nanti mesti hakim pun tak berani nak ketuk tukul time dia berhujah................"





2 comments:

Xury said...

Salam...
Jeneral Jerung...

The lady ♥ said...
This comment has been removed by the author.