Wednesday, November 15, 2006

5 Sebab Menjadikan Cinta Itu Haram

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYASesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMALumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITAApabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJARDi dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYASeperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Doaku...

"Bismillahhirrahmannirrahim Ya Allah... Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah ia padaku titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera

tetapi

Ya Allah... Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang bersama senja merah dan gelap pekat awan agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya

dan

Ya Allah Tercinta.. gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah meski tiadakan sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku kerana Engkau Tuhanku itu yang terbaik buatku Yang Maha Mengetahui Segala yang Terbaik

Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman membimbingku ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh....

amin!

Monday, November 13, 2006

malal

Hmm, cuti cuti pun bosan juga ya!!!!! Hai, dah dulu kalau ada kuliah, penat atau rasa nak balik, tapi ni dah ada kat rumah takde apa juga nak buat, apalah nasib, tunggu kawan online kat Ym tak online, hm, maybe dah nasib kita macam ni kan? xde kawan yang benar benar kawan... susah nak cari kawan ni, tak pernah nak dapat, seorang kawan yang benar benar memahami hati kita kan??????, cuma DIA yang memahami hati kita, jadi kita perlulah sentiasa mencariNYA tidak kira susah atau senang, bercintalah denganNYA, hanya DIA yang hakiki, kekal, abadan abada......

It's sad when I remember back the sweet memories, all the sweet memories in my life, when I participating in camping, Jamboree.... where all SCouts are there... I think the most great memories that I had is when I recall back the jamboree atmosphere, make me smile .... when seeing the scout craft, the scout brotherhood around the world....... hmmm ,

Bila boring, dan dah takde apa nak buat, pegilah kat luar rumah, jalan jalan kat sekitar rumah, halaman rumah, tengok tengok pokok pokok bunga yang aku sendiri tanam, bila tengok hasilnya, berbayar penat lelah selam ini...

banyak masalah yang berlegar legar di kepala aku sekarang ni... actually tak lah semua nya masalah ada jugak yang just fikir fikir kan tentang mereka, family, ummah, agama, negara, masyarakat, Melayu, Islam, dan yang pastinya tidak ketinggalan ialah berfikir tentang diriku sendiri, tentang masa depan, cita cita:jangka pendek, jangka panjang, memang susah memikirkan semua ini..


to night, I'm relax, my mind didnt think too much, maybe not yet, maybe after this, before I go to bed, or maybe on my bed, hmm... what will happen tomorrow,, where i will go....


hmmmm. May ALLAH bless us, me, my family, friends, teachers, and all of us.......Ameen

Sunday, November 12, 2006

Sem 1,06/07


My first sem in matric had comlete smoothly, but, of course, as a new student many things is new and might be a new experient, many thing happen when i'm in the campus, bad thing, sweet thing, and maybe something........................... Usually like other human being that is everybody make mistake, hurt someone heart, and what ever that happen.

At the early week in campus, I'm hoping very high for me to change my programme, I'm praying, praying, and praying to Allah swt. , "Solat Hajat" every night, until now, du'a and everything I do, but then, when the result of changing programme out, sadly to say, my name is not there in the list.this mean the next chances is the second semester..... thing back about time, future, everything effect me , although the result have been announced, i'm still perform solat hajat as usual, and crying everynight for Allah bless.

When the lecture begin, I just have to follow the schedule, never mind, be patient, studying the course that you didnt like was same like forced to do what you dislike to. Until one time, I'm feeling down, "oo Allah,help me, I can really cope with this subject, please help me .
But Praise Be To ALLAH, I've done it pretty good.

now i'm back to my hometown, Home Sweet Home...