Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan India dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Timur/ Timor Leste di pulau Timor.
Jadual kandungan
[sorok]
1 Sejarah
2 Politik
3 Daerah
4 Geografi
5 Ekonomi
6 Demografi
7 Seni Budaya
8 Hasil Alam
8.1 Karet
8.2 Kelapa Sawit
8.3 Tembakau
8.4 Emas dan Perak
8.5 Aspal Alam
9 Militer
10 Islam
11 Lihat juga
12 Pautan luar
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Indonesia
Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatra dan Jawa sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.
Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara-negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin mendominasi perdagangan rempah-rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah lainnya, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk koloni mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai koloni hingga Perang Dunia ke Dua, awalnya melalui VOC, dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke 19.
Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang koperatif dan bersedia mengerahkan prajurit bila diperlukan. Soekarno, Mohammad Hatta, KH. Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.
Pada Mac 1945 pihak Jepun membentuk sebuah jawatankuasa untuk kemerdekaan Indonesia; setelah perang Pasifik berakhir pada tahun 1945, di bawah tekanan organisasi pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda mengirimkan pasukan mereka.
Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Belanda akhirnya menerima hak Indonesia untuk merdeka pada 27 Desember 1949 setelah mendapat tekanan yang hebat antarabangsa, terutamanya dari Amerika Syarikat. Soekarno menjadi presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai wakil presiden.
Pada tahun 1950an dan 1960an, pemerintah Soekarno mulai mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Tahun 1960an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap negara jirannya, Malaysia, dan ketidak puasan terhadap kesulitan ekonomi yang semakin membesar.
Jeneral Soeharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara dari ancaman komunisme terhadap Soekarno yang kini semakin melemah. Setelah Soeharto berkuasa, ratusan ribu warga Indonesia yang disyaki terlibat terlibat pihak komunis telah dibunuh. 32 tahun pemerintahan Soeharto dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut Order Lama.
Soeharto berhasil mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia - dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok para ekonomis lulusan fakulti ekonomi University of California at Berkeley, yang digelar "kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaannya dan keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan dia akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya demonstrasi besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.
Dari 1998 hingga 2001, Indonesia mempunyai tiga presiden: Bacharuddin Jusuf (BJ) Habibie, Abdurrahman Wahid dan Megawati Sukarnoputri. Pada tahun 2004 presiden Indonesia yang baru ialah Susilo Bambang Yudhoyono.
Indonesia kini sedang mengalami masalah-masalah ekonomi, politik dan pertikaian agama dalam negeri, dan beberapa daerah sedang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan, iaitu Aceh dan Papua. Timor Timur mendapatkan kemerdekaan pada tahun 2002 setelah 24 tahun dikuasai Indonesia dan 3 tahun di bawah pentadbiran PBB. Masalah terbaru yang melanda negara ini ialah pada 26 Disember 2004, iaitu malapetaka tsunami yang meragut berpuluh ribu penduduk di Aceh, Sumatra.
Politik
Indonesia ialah satu dari tiga (India, Indonesia, Israel) negara dunia yang meletakkan unsur Demokrasi (Democracy) secara tepat dan benar didalam pemerintahannya.
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Indonesia
Daerah
Indonesia merupakan negara terluas di Asia Tenggara terbagi kedalam beberapa provinsi.
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Indonesia
Geografi
Indonesia terletak diantara 6º LU – 11º LS dan 95º BT - 141º BT, antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, antara Benua Asia dan Benua Australia, dan pada pertemuan dua rangkaian pergunungan, iaitu Banjaran Pasifik dan Banjaran Mediteranian.
Indonesia mempunyai lebih 18,000 pulau (sekitar 6000 tidak berpenghuni) menyebar sekitar khatulistiwa, dan beriklim tropika. Pulau yang terpadat penduduknya ialah pulau Jawa, di mana setengah penduduk Indonesia bertempat tinggal. Indonesia mempunyai 5 pulau besar, iaitu: Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua.
Lokasi Indonesia juga terletak di plat tektonik yang bererti Indonesia sering terkena gempa bumi dan juga menimbulkan tsunami. Indonesia juga memiliki banyak gunung berapi, salah satu yang sangat terkenal adalah gunung Krakatau, terletak antara pulau Sumatra dan Jawa.
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Indonesia
Ekonomi
Ekonomi Indonesia mengalami kemunduran pada akhir tahun 1990-an akibat krisis ekonomi yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah stabil ini.
Industri Pertamina
Indonesia mempunyai sumber semulajadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga dan emas. Indonesia adalah pengeksport gas asli terbesar kedua di dunia, malah akhir-akhir ini ia mula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah-rempah dan sayuran lobak.
Rakan perdagangan terbesar Indonesia adalah Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara tetangganya iaitu Malaysia, Singapura dan Australia.
Meskipun kaya dengan sumber alam dan manusia, Indonesia masih menghadapi masalah kemiskinan yang sebagian besarnya disebabkan rasuah yang bermaharajalela dalam kerajaan.
Bank pusat Indonesia adalah Bank Indonesia.
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Indonesia
Demografi
Penyebaran penduduk Indonesia tidak merata. Kenaikan tingkat pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Pulau Jawa merupakan yang terpadat jumlah penduduknya, sekelian juga merupakan pusat pemerintahan. Pulau Jawa sangat vital dan strategis sehingga sangat memerlukan perhatian. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau disebelah utara sangat sedikit, dibandingkan dengan negara-negara jiran besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang relative kosong beserta kekayaan alamnya yang potensial melimpah dapat dijadikan sasaran bagi pencaharian-pencaharian Lebensraum oleh kekuatan-kekuatan disebelah utara tadi.
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Indonesia
Seni Budaya
Jenis kesenian di Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa kebudayaan. Tari Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, berisi aspek-aspek kebudayaan dan mitologi Hindu. Banyak juga seni tari yang berisikan nilai-nilai Islam. Beberapa di antaranya dapat ditemukan di daerah Sumatra seperti tari Saman Meusukat dan Tari Seudati dari Nanggroe Aceh Darussalam.
Sebuah candi Hindu dari abad ke-10 di Jawa. Selain itu yang cukup terkenal di dunia adalah wayang kulit yang menampilkan kisah-kisah tentang kejadian mitologis.
Seni pantun, gurindam, dan sebagainya dari pelbagai daerah seperti pantun Melayu, dan pantun-pantun lainnya kerapkali dipergunakan dalam acara-acara tertentu iaitu majelis kenduri kahwin, panggung seni, dan lain-lain.
Di bidang busana, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia adalah kerajinan batik. Beberapa daerah yang terkenal akan industri batik adalah Yogyakarta, Solo, dan juga Pekalongan. Kerajinan batik ini pun sudah mula ditiru oleh Malaysia dengan industri batiknya. Busana asli Indonesia dari Sabang sampai Merauke lainnya dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang dikenakan di setiap daerah antara lain baju kuruang dengan songketnya dari Sumatra Barat (Minangkabau) yang bersamaan khasnya dari Teluk Belanga seperti dari daerah Riau (Melayu), kain ulos dari Sumatra Utara (Batak), busana kebaya yang sering dikenakan dari DKI Jakarta (Betawi) dan Jawa Barat (Sunda), busana khas Dayak di Kalimantan, baju bodo dari Sulawesi Selatan, busana berkoteka dari Papua/ Irian Jaya, dan sebagainya.
Pencak Silat adalah seni bela diri yang unik yang berasal dari wilayah Indonesia. Seni bela diri ini kadang-kadang ditampilkan pada acara-acara pertunjukkan yang biasanya diikuti dengan muzik tradisional Indonesia berupa gamelan dan seni muzik tradisional lainnya sesuai dengan daerah asalnya.
Seni muzik di Indonesia, tradisional mahu pun modern sangat banyak daripada Sabang sehingga Merauke. Muzik tradisonal Indonesia termasuklah keroncong Jawa yang dikenali sangat oleh rakyat Indonesia hampir semuanya, namun yang lebih berkuasa dalam paras lagu di Indonesia iaitu seni lagu modern kemudian Dangdut. Dangdut adalah salah satu muzik Indonesia yang sudah merakyat di wilayah Nusantara, yang dipadukan daripada hal ihwal muzik Melayu, India, dan juga muzik tradisional Indonesia. Ia dipanggil Dangdut kerana suara muzik yang bergema iaitu suara 'dang' dan 'dut' dan kerana muzik Dangdut lebih dikuasai oleh suara gendang dan suling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik Dangdut, antara lain Dangdut Melayu, Dangdut Moden (Dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), dan Dangdut Pesisir (Lagu dangdut tradisional Jawa, Sunda, dll). Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenal sebagai genre muzik orkest Melayu, yang kemudian mula tahun 80-an lebih popular dengan Dangdut. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun yang mana pedangdut secakap Camelia Malik dan Elvi Sukaesih telah dijemput buat menyanyi dangdut di Jepun. Muzik dangdut sehingga kini kurang mendapat simpati daripada beberapa kalangan rakyat Indonesia dan sekarang ia dipersoalkan lagi dengan lenggang-lenggoknya yang sememangnya tidak pantas untuk dipertontonkan kerana boleh memunculkan hal ihwal lucah pada fikiran orang. Pemerintah Indonesia pun kini tengah menangani persoalan ini. Padahal muzik dangdut dahulu dibawakan dengan nada lembut dan lenggok lemah gemalai yang seronok dan sopan.
Indonesia terdiri daripada beratus suku bangsa, agama serta kepercayaan yang berbeza. Ada Batak, Karo, Minangkabau, Melayu di Sumatera dan sebagainya. Ada banyak agama yang diakui di Indonesia iaitu Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha bahkan kini kepercayaan Konghucu juga diakui. Namun majoriti masyarakat Indonesia lebih memilih Islam sebagai agamanya.
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Indonesia
Hasil Alam
Karet
Karet pernah dikenal dengan sebutan ‘enam hitam’ dan merupakan penghasil utama devisa dimasa lampau. Dalam produksi karet alam sedunia, kini Indonesia menempati posisi kedua setelah Malaysia. Negara-negara penghasil karet lainnya ialah Thailand, India, Sri Lanka, Nigeria, Liberia, Zaire, Brazil dan Filipina.
Kelapa Sawit
Perkebunan kelapa sawit banya mengalami perluasan baik dalam pengertian wilayah mahupun areal penanaman. Hasil perkebunan ini dikenal dalam bentuk minyak dan inti sawit. Baik minyak mahupun inti dapat diekspor, disamping untuk memenuhi kebutuhan dalam negeri yang terus meningkat.
Tembakau
Areal tembakau pada tahun 1979 diperkirakan seluas 198.000 Ha, diantaranya 183.000 Ha diselenggarakan oleh rakyat, 2000 Ha oleh perkebunan besar swasta dan 13.000 Ha oleh perkebunan pemerintah (PTPN).
Emas dan Perak
Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang didaerah ‘’’Banten’’’ Selatan, oleh Freeport Indonesia dan bijih tembaga di Papua dan secara sederhana oleh rakyat dibeberapa daerah.
Aspal Alam
Penambangan aspal dilakukan di Sulawesi Tenggara, seluruhnya terdapat 19 lapangan besar mahupun kecil, lima diantaranya dianggap berpotensi baik, sedangkan seluruhnya ditaksirkan berjumlah kira-kira 28,5 juta ton.
No comments:
Post a Comment