Wednesday, January 25, 2006

Jepun

Negara Jepun (日本, Nihon/Nippon) terletak di Asia Timur, iaitu di antara Lautan Pasifik di sebelah barat, dan semenanjung Korea di sebelah timur.
Jepun terdiri daripada gugusan pulau yang besar: Kyushu (九州), Shikoku (四国), Honshu (本州, pulau terbesar), dan Hokkaido (北海道).

Sejarah
Prasejarah

Penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah didiami manusia sejak Zaman Paleolitik, 500,000 tahun yang lalu. Pada zaman ais, Jepun tercantum dengan benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea.
Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.
Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera).
Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.
Era zaman pertengahan
Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasaMedia:,Yokohama. While this Kamakura shogunate was somewhat stable, Japan soon fell into warring factions and suffered through what became known as the Warring States or Sengoku period.
During the 16th century, traders and missionaries from Europe reached Japan for the first time, initiating the "Nanban" ("Southern barbarian") period of active commercial and cultural exchange between Japan and the West. Around the same time, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, and Tokugawa Ieyasu, established increasingly strong control over the warring states of Japan. Tokugawa finally reunified the country by defeating his enemies at the Battle of Sekigahara in 1600, moving the capital to Edo (now Tokyo) and starting the Tokugawa shogunate.
The Tokugawa shogunate, suspicious of the influence of Catholic missonaries, barred all relations with Europeans except for severely restricted contacts with Dutch Merchants at the island of Dejima. This period of isolation lasted for two and a half centuries, a time of tenuous political unity known as the Edo period, considered to be the height of Japan's medieval culture.
Zaman moden


Pada kemuncaknya di tahun 1942, Empayar Jepun merangkumi sebahagian besar Asia Timur dan Asia Tenggara.
In 1854, U.S. Commodore Matthew Perry forced the opening of Japan to the West with the Convention of Kanagawa. The perceived weakness of the shogunate led many samurai to revolt, leading to the Boshin War of 1867-68. The shogunate was forced to resign, and the Meiji Restoration returned the Emperor to power. Japan adopted numerous Western institutions in the Meiji period, including a modern government, legal system, and military. These reforms transformed the Empire of Japan into a world power which defeated China in the Sino-Japanese War and Russia in the Russo-Japanese War. By 1910, Japan controlled Taiwan, half of Sakhalin, and Korea.
The early 20th century saw a brief period of "Taisho democracy" overshadowed by the rise of Japanese expansionism, leading to the invasion of Manchuria and the second Sino-Japanese War (1937). In 1941, Japan attacked the United States naval base in Pearl Harbor, bringing the two countries into World War II. After a long campaign in the Pacific Ocean, Japan lost its initial territorial gains, and the United States moved into range to begin strategic bombing of Tokyo, Osaka, and other cities. Japan surrendered following the atomic bombing of Hiroshima and Nagasaki in 1945, and lost all of its colonies in Asia and the Pacific.
Japan remained under US occupation until 1952. During that time, it adopted a new constitution that established the country as a pacifist constitutional monarchy. After the occupation, under a program of aggressive industrial development, protectionism, and deferral of strategic defense to the United States, Japan's gross national product rose to become the second-highest in the world. Despite a major stock market crash in 1989, from which the country never fully recovered, Japan remains a global economic power and has recently begun to re-emerge as a strategic power, lending non-combat support to the Gulf War and the 2003 invasion of Iraq.

Parlimen Jepun
Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan berasaskan sistem British. Parlimen dwidewannya digelar Kokkai (国会). Kokkai terdiri daripada Dewan Rakyat Shuugi-in (衆議院, 480 kerusi); dan Dewan Pertuanan Sangi-in (参議院, 247 kerusi). Warganegara Jepun yang berumur 20 tahun ke atas berhak mengundi.
Kabinet Jepun dianggotai Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Perdana Menteri merupakan salah seorang anggota Kokkai yang dilantik oleh rakan-rakan sejawatnya. Perdana Menteri berkuasa melantik menteri-menteri yang lain.
Parti Liberal Demokratik (LDP) memerintah sejak 1955 (kecuali 1993) dan ditubuhkan sebagai gabungan dua parti konservatif: parti Liberal dan parti Demokratik. LDP kini memerintah secara bersama dengan parti fahaman Buddha, Parti Komeito Baru. Parti-parti pembangkang termasuk Parti Demokratik, Parti Demokratik Sosial dan Parti Komunis.
Perdana Menteri terkini, Junichiro Koizumi, menganggotai parti LDP.
Keluarga Diraja
Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja, yang juga merupakan ketua negara Jepun. Namun, beliau hanya memainkan peranan dalam upacara-upacara istiadat dan tidak memiliki sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Maharaja Jepun merupakan lambang perpaduan negara dan rakyat Jepun.
Maharaja pada masa ini adalah Akihito (明仁), maharaja yang ke 125. Beliau menaiki takhta setelah ayahnya, Hirohito, mangkat pada 7 Januari 1989. Beliau ditabalkan pada 12 November 1990. Anaknya, Tengku Mahkota Naruhito, berkahwin dengan orang biasa, Masako Owada, dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Puteri Aiko.
Geografi


Peta negara Jepun
Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama jepun , dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan (archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.
73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun.
Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.
Iklim
Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas. Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas.
Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido, as a seasonal rain front or baiu zensen (梅雨前線) stays above Japan. Pada akhir musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat.
Iklim Jepun boleh dibahagikan kepada enam zon iklim, iaitu:
Hokkaido: Hokkaido mempunyai iklim yang sederhana yang disertai musim salji yang panjang dan sejuk. Manakala musim panasnya bersuhu rendah dan sejuk. Kerpasan (Precipitation) tidak berat tetapi kepulauan-kepulauannya sering membentuk tebing salji yang tinggi ketika musim salji.
Sea of Japan: Tiupan angin barat laut membawa salji yang sangat lebat. Pada musim panas, kawasan ini lebih sejuk berbanding kawasan Pasifik tetapi kadangkala suhu kawasan ini boleh mencapai suhu yang sangat tinggi kerana fenomena Foehn wind.
Central Highlands (Chuo-kochi): Mempunyai iklim kawasan pendalaman yang biasa. Perbezaan suhu antara musim panas dan musim sejuk dan waktu malam dan siang adalah sangat berbeza. Kerpasan ringan.
Seto Inland Sea (Seto-naikai): Iklim sederhana sepanjang tahun kerana kawasan gunung Chugoku dan gunung Shikoku menghalang laluan tiupan angin bermusim.
Lautan Pasifik: Mengalami musim sejuk yang mempunyai sedikit penurunan salji serta panas dan lembap semasa musim panas disebabkan oleh tiupan angin bermusim dari tenggara.
Nansei-shoto (Ryukyu) atau kepulauan di barat daya Jepun: Mempunyai iklim subtropika. Mengalami musim salji yang agak panas and dan musim panas yang bersuhu tinggi. Kerpasan adalah sangat berat terutamanya ketika musim hujan. Taufan adalah perkara biasa.
Kawasan pentadbiran


Jepun dibahagikan kepada 47 buah prefektur, ditadbir bebas dari kuasa kerajaan pusat. Dari utara ke selatan, prefektur-prefektur ini adalah:
1 Hokkaido
2 Aomori
3 Iwate
4 Miyagi
5 Akita
6 Yamagata
7 Fukushima
8 Ibaraki
9 Tochigi
10 Gunma
11 Saitama
12 Chiba
13 Tokyo
14 Kanagawa
15 Niigata
16 Toyama
17 Ishikawa
18 Fukui
19 Yamanashi
20 Nagano
21 Gifu
22 Shizuoka
23 Aichi
24 Mie
25 Shiga
26 Kyoto
27 Osaka
28 Hyogo
29 Nara
30 Wakayama
31 Tottori
32 Shimane
33 Okayama
34 Hiroshima
35 Yamaguchi
36 Tokushima
37 Kagawa
38 Ehime
39 Kochi
40 Fukuoka
41 Saga
42 Nagasaki
43 Kumamoto
44 Oita
45 Miyazaki
46 Kagoshima
47 Okinawa
Jepun juga sering dibahagikan kepada 10 buah daerah (lingkungan). Mereka adalah (dari utara ke selatan): Hokkaido, Tohoku, Hokuriku, Kanto, Chubu, Kansai (Kinki), Chugoku, Shikoku, Kyushu, dan Kepulauan Ryukyu.
Pertelingkahan tanah jajahan
Jepun mempunyai pertelingkahan dengan Russia di atas Kepulauan Kuril yang ditadbir oleh Russia dan juga Liancourt Rocks (Kor.: Dokdo, Jp.: Takeshima), yang kini diduduki Korea Selatan. Kepulauan Senkaku (Cin.: Diaoyutai) yang ditadbir oleh Jepun dituntut oleh China dan Taiwan. 飢寒交迫
Ekonomi


Tumbuhan ekonomi yang pesat setelah Perang Dunia II telah menjadikan Jepun sebuah negara yang terkaya di dunia.


Sewaktu krisis minyak, pengeluar kereta Jepun telah mengambil kesempatan dengan mengeluarkan kereta yang kecil dan jimat minyak seperti Honda Civic.


Industri pembinaan Jepun dibantu oleh projek sivil yang besar. Antara yang paling terkenal ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai yang dibina di atas sebuah pulau buatan manusia, memakan kos sejumlah AS$30 bilion.
Kerjasama di antara kerajaan dan perindustrian, etika bekerja yang sihat, penguasaan teknologi, penekanan terhadap pendidikan dan alokasi yang kecil untuk pertahanan (1% daripada GDP) merupakan antara faktor-faktor yang membolehkan Jepun berkembang pesat sehingga menjadi salah satu negara yang setanding dengan Amerika Syarikat dan EU dari segi penguasaan ekonomi.
Ciri-ciri ekonomi jelas termasuk kerjasama dalam pengilangan, pembekal, pengedar, dan bank dalam kumpulan berkait rapat yang dikenali sebagai keiretsu; pertubuhan enterprise berkuasa dan shunto; hubungan baik dengan birokerasi kerajaan, dan jaminan kerjaya sepanjang hayat (shushin koyo) untuk hampir satu pertiga tenaga kerja di bandar, biasanya kilang kolar biru dengan pertubuhan kerja yang kuat. Enterprise kecil dan serdahana, wanita, dan pekerja asing biasanya tidak mempunyai kemudahan sebegitu. Bagaimanapun, kebanyakan ciri-ciri tersebut semakin terhakis, dan keadaan ekonomi semasa sedang berhadapan dengan kemalapan (stagnation).
Perindustrian merupakan sektor ekonomi yang paling utama buat Jepun yang amat bergantung kepada pengimportan bahan mentah dan minyak. Manakala, pertanian yang merupakan sektor ekonomi yang kecil mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor yang dilindungi. Ini dapat dilihat dengan jelas pada pertanian yang melibatkan beras. Beras yang diimport dikenakan kadar tarif sebanyak 490% dan kerajaan hanya membenarkan kuota sebanyak 3% daripada jumlah beras yang ada di pasaran beras. Selain dari mengawal pasaran beras, Jepun juga mengadakan usaha untuk mencipta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai rasa yang sedap. Buahan-buahan dan sayur-sayuran ini sangat mahal walaupun kos tinggal di Jepun telah diambil kira (RM 70 untuk sebiji pir Jepun. Namun begitu ia sangat berkualiti tinggi. Biasanya Jepun mampu menampung keperluan beras rakyatnya sendiri (kecuali penggunaannya untuk membuat keropok nasi dan makanan diproses), namun negara ini perlu mengimport kira-kira 50% daripada keperluannya bagi jenis bijirin lain dan makanan ternak Jepun mempunyai salah sebuah industri perikanan yang terbesar di dunia yang merangkumi hampir 15% daripada penangkapan ikan seluruh dunia, mendorong kepada sangkaan bahawa perikanan Jepun sedang mengakibatkan kepada berkurangnya bilangan ikan di laut yang mendadak, khususnya ikan tuna.
Selama tiga dekad secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi sebenar amat mengagumkan: mencatatkan purata 10% pada dekad 1960-an, purata 5% pada 1970-an, dan purata 4% pada 1980-an. Pertumbuhan ini namun mula menjadi lembab pada dekad 1990-an, terutamanya disebabkan kesan sampingan pelaburan secara berlebihan ketika lewat 1980s dan dasar-dasar ekonomi pengurangan inflasi yang bertujuan untuk memerah keluar lebihan spekulasi daripada pasaran saham dan penjualan tanah. Usaha-usaha kerajaan untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi kurang berjaya dan terus tersekat pada tahun 2000-2001 akibat ekonomi AS dan benua Asia turut menjadi lembab.
Baru-baru ini, perdana menteri Jepun masa kini, Junichiro Koizumi telah menguat kuasa atau cuba meluluskan (tetapi adakalanya gagal) undang-undang pelaburan asing dan penswastaan secara besar-besaran yang mana beliau percaya boleh membantu merangsangkan semula ekonomi Jepun yang lengang ini. Setakat ini undang-undang tersebut kelihatan menunjukkan keberkesanannya dalam pelbagai aspek seperti pelaburan asing, namun ini belum dapat membantu ekonomi Jepun untuk tumbuh kembali. Koizumi juga mencuba untuk meluluskan rancagan penswastaan besar yang akan menswastakan kesemua agensi-agensi pos kerajaan Jepun. Dalam fasa pertamanya, menjelang 2007, agensi-agensi akan dibahagikan kepada tujuh entiti dan daripada itu, entiti-entiti tersebut barangkali akan diambil alih oleh syarikat-syarikat besar.
Penyesakan kepadatan penduduk serta "penuaan" populasi (bilangan warga emas makin ramai, mengakibatkan penurunan populasi seperti yang dijangkakan) merupakan dua masalah jangka masa panjang yang utama, bahkann juga peningkatan kos jagaan kesihatan. Industri robotik dijadikan kekuatan ekonomi jangka masa panjang yang amat penting, menyaksikan Jepun mempunyai 410,000 daripada 720,000 buah robot yang berfungsi di seluruh dunia.
Demografi
Artikel utama: Demografi Jepun
Orang Jepun merupakan sebuah masyarakat yang sekata (homogen) dari segi kaum dan bahasa, masyarakat Jepun secara etnik dan bahasa (linguastik) adalah homogeneous, dengan sedikit penduduk asing kebanyakannya dari Korea Utara dan Selatan (1 juta), Okinawan (1.5 juta), China dan Taiwan (0.5 juta), Filipina (0.5 juta), dan Brazil (250,000), termasuk juga minoriti kaum asli Ainu di Hokkaido. 99% dari penduduk bertutur bahasa Jepun sebagai bahasa pertama.
Kerakyatan Jepun biasanya dikurniakan semenjak dilahirkan lagi, iaitu apabila ahli keluarga mendaftar kelahiran bayi dalam daftar keluarga yang dipegang oleh pejabat kawalan kejiranan (neighborhood ward office). Walaupun begitu, kelahiran di Jepun semata-mata tidak menjamin kerakyatan. Minoriti penutur bahasa Jepun tunggal seringkali tinggal di Jepun selama beberapa jenerasi dibawah status penduduk tetap tanpa mendapat kerakyatan dalam negara kelahiran mereka. Penduduk warisan Jepun kembali ke Jepun dari seberang laut mempunyai kerakyatan sekiranya kelahiran mereka di negara asing didaftarkan bagi pihak oleh ahli keluarga mereka. Kadang-kala mereka yang pulang tidak dianggap Jepun sebenar dan seringkali disyaki sebagai keturunan kasta Burakumin semasa zaman feudal, kumpulan penduduk yang diketahui berhijrah ke negara Amerika Selatan, dan sering kali menjadi mangsa diskriminasi.
Purata umur penduduk Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia. Kadar kesuburan rakyat Jepun menurun setelah Perang Dunia II dan menurun sekali lagi pada pertengahan 19-70an kerana ramai wanita Jepun memilih kerjaya dan memilih untuk tidak berkahwin. Jepun juga mempunyai jangka hayat (life expectancy) yang paling tinggi di dunia. Pertumbuhan penduduk Jepun dijangka akan berhenti sama sekali pada tahun 2007 dengan 20% penduduk berumur lebih dari 65 tahun. Pertukaran dalam struktur demografik telah menimbulkan pelbagai isu sosial, terutama potensi penurunan tenaga kerja dan peningkatan kos keselamatan sosial seperti rancangan persaraan awam. Perancang kerajaan Jepun kini dalam perdebatan hangat mengenai cara menangani masalah ini. [1]. Imigrasi dan galakan kelahiran kadang-kala dicadangkan sebagai satu cara penyelesaian untuk membekalkan tenaga kerja muda untuk menyokong masyarakat yang semakin tua ini. Imigrasi tidak popular dikhayalak ramai disebabkan peningkatan dalam kadar jenayah seringkali dikatakan disebabkan orang asing yang tinggal di Jepun.
Kebanyakan rakyat Jepun mengambil sikap tidak berapa kisah terhadap agama dan melihat agama sebagai budaya dan tradisi. Bila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragama Buddha hanya kerana nenek-moyang mereka menganut salah satu daripada sektor agama Buddha. Pada hari ini Shinto, satu agama yang berasal dari Jepun sudah hampir luput dan ia hanya diketahui oleh beberapa cendiakawan sahaja. Kebanyakan ajaran Buddha dan Shinto hanya dipraktikkan di dalam budaya seperti adab dan perkahwinan. Sebilangan minoriti menganut agama Kristian, Shamanism dan New Religions seperti Soka Gakkai. Sesetengah New Religion ini berkait rapat dengan agama Buddha.
Lihat juga: Religions of Japan
Pendidikan
Kadar literasi: 99.8%(1990),100.0%(2000)
Pendidikan wajib: 9 tahun (Dari umur 6 ke 15 tahun)
Peratusan pelajar sekolah menengah yang maju ke pendidikan tinggi ialah kira-kira 96%
Budaya
Artikel utama: Budaya Jepun
Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300SM. Gabungan tradisi budaya Greece dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia II.
Jepun turut mengembangkan budaya yang original dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.
baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.
Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.
See also: Katana, Japanese Art and Architecture, Japanese clothing, Japanese Festivals, Japanese New Year, Japanese Sports, Japanese television programs, Tourism in Japan, Japanese media
Nama Jepun
Jepun digelar Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun. Kedua-dua perkataan ini ditulis dengan huruf kanji yang sama, iaitu 日本. Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, manakala Nihon biasanya digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti perbualan harian.
Perkataan Nippon dan Nihon membawa maksud "negara matahari terbit". Nama ini berasal daripada perutusan rasmi negara China, dan merujuk kepada kedudukan relatif Jepun di sebelah timur benua Asia. Sebelum itu, Jepun dikenali sebagai Yamato (大和). Wa (倭) pula digunakan di negara China pada zaman Tiga Negeri.
Perkataan Jepun dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Kantonis, yang membawa sebutan Yat Pun.
Gelaran rasmi Jepun dalam bahasa Jepun ialah Nipponkoku atau Nihonkoku (日本国), yang bermaksud "negara Jepun".

1 comment:

BeLLy Blog's said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)