Wednesday, March 21, 2007

New thinking

think outside the border.........

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

Reminder to me from someone.........

cahaya kehidupan...cabaran,ujian,dugaan...pastinya menjadi satu authoriti yg pasti sukar utk ditelan kerana kepahitan kesengsaraan yg mendalami segenap lapisan saraf yg membelenggu sejuta memori kenangan yg sukar utk diungkapkan..dikejar dan dicintai bagaikan bayangan tak bertepi yg sudah menjadi satu lumrah yg perlu pasrah dan diselangseli dgn gelora keredhaan kerana tiada suratnya dunia yg dicari...begitu indah dunia tetpi betapa jutaan nilaian musuh yg sedang menanti..cabaran dan dugaan adalah lumrah kematangan kehidupan manusia dan ketetapan ilahi..hadapi dgn berhikmah dan jgn mudah mengalah kerana org yg kalah adalah org yg rugi...